top of page

Visi

Bertekad menjadi pusat rujukan dan peneraju inovasi dan penyelidikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pembangunan kurikulum bagi merealisasikan UKM sebagai universiti terkehadapan.

Misi

Mentransformasi pengajaran bagi memastikan tenaga akademik mengaplikasi pengajaran inovatif dan futuristik bagi melahirkan graduan yang
berketrampilan.

​

Meneraju dan memimpin ke arah pendidik berinovasi melalui perancangan, pembelajaran kurikulum dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran terkehadapan.

​

Matlamat

Membangun tenaga akademik yang menguasai

kemahiran asas PdP yang efektif dan memperkasa

budaya prinsip penyelidik pengamal (Practitioner
Researcher), yakni tenaga pengajar yang sentiasa
menambahbaik proses PdP terkehadapan.

Menghasil kelompok tenaga akademik yang mahir dalam penyelidikan PdP dengan menjadikan PdP berdasarkan pembuktian.

Memperkasa tenaga akademik yang mahir dalam pengajaran inovatif dan digital yang berkompeten mengaplikasikan teknologi pembelajaran terkehadapan dan futuristik.

Melatih dan membimbing tenaga akademik berkecemerlangan PdP yang tinggi di peringkat kebangsaan dan negara.

Memperkasa pembangunan kurikulum universiti selari dengan Garis Panduan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia dan badan-badan profesional yang berkaitan dengan program pengajian di UKM.

Memperkasa penerapan inovasi pendidikan dan pembangunan kurikulum tersedia masa hadapan
dalam pembangunan/semakan kurikulum program pengajian akademik di UKM.

bottom of page